Sejak lahir, aku rasa aku punyai sesuatu misi dalam hidup aku. Tapi, herannya, aku sentiasa jadi bahan ejekan dan ia menyebabkan aku membesar dalam keadaan yang suka merendah diri.
Bila kita merendah diri, banyak kerja menjadi tidak sempurna. Kita takut kena marah, maka kita tak buat. Bila tak buat, kita kena marah. Ia suatu penyakit diri sendiri. Memang sukar nak atasi masalah seperti itu. Ini lah yang terjadi pada diri aku.
Bila aku dah graduate, aku berharap aku akan dapat kerja yang bagus. Memang itu harapan tiap manusia yang dah belajar sampai diploma atau degree. Tapi, bila aku graduate, aku kembali ke kedah dalam keadaan yang risau kerana masa itu arwah ayah aku dah sakit teruk.
Beberapa bulan selepas berkerja di gerai arwah ayah aku, maka aku terpaksa menerima bahawa ayah aku di panggil ilahi. Ia suatu tamparan yang sebesar-besar hebat dan kuat bagi aku. Dalam hidup aku, teramat sukar aku menangis. Paling teruk pun, sekadar merah mata saje.
Tapi, pada malam ketiga selepas arwah ayah aku meninggal, itulah aku menanggis semahu-mahunya. Mak aku terkejut kerana tak pernah-pernah aku nangi sebegitu rupa dalam hidup aku. Sebenarnya, aku menangis bukan kerana sedih. Tapi, aku menangis kerana aku rasa suatu batu berat mulai di campak ke kepala aku. Tersangat berat. Memang berat. Sejak tu aku jadi makin 'blur' dan jalan masa depan aku kabur.
Aku tak tau nak buat apa. Jadi, aku teruskan hidup denga membawa jasad aku yang makin mengemuk ini berkerja sebagai pembantu gerai makan saja. Ya, aku tau, semua jiran-jiran atau yang mengenali aku pasti bertanya. Aku ada degree tapi last-last, kerja kedai makan saja?!
Memang selama 3 tahun aku kerja begitu saja. Aku jadi tak reti nak cari makan sendiri. Aku blur dan blank. tapi, semakin hari semakin kuat jugalah inner voice aku meronta. Seolah-oleh berkata "KELUARLAH DARI BELENGGU NI".
Masalahnya, aku tak reti nak keluar camna. Aku kabur jalan yang harus aku pilih. Sehinggalah, aku nekad untuk cuba nasib, keluar dari kepompong ni. Aku kerja di DELTA BUSINESS SOLUTION sebagai outdoor sales.
Hasilnya...
Aku kerja selama 4 bulan saja di situ. Aku mungkin antara the worst workers kat situ. Sentiasa bermasalah. Bulan 10, aku dapat surat termination kerana trial 3 bulan dan advance 1 bulan telah tamat. Maka, berakhirlah episode aku di DELTA pada 31hb 10 2013.
Kemudian, aku kelam kabut mencari pekerjaan untuk menampung 'loop holes' ni. Maka, aku mencuba nasib di AmTakaful, sebagai ejen takaful. Senang citer ejen insuran. Tapi, terjadi pula suatu dilema buat aku, bila rakan aku yang sebelum ni, perkenalkan aku pada dunia insuran, datang menjemput aku untuk menjadi rakan niaganya. Kalau aku pilih Prudential-BSN, maka hubungan aku dgn Agensi Amtakaful itu akan musnah dan besar kemungkinan aku akan di bamboo sebagai 'the worst person' kerana tidak berpendirian tetap. Ini terjadi bila aku sudah banyak kali pergi training di sana. Jika aku tinggalkan mereka, makanya, memang aku the worst person biarpun AmTakaful tu tak berkata camtu pun.
Aku mahu bantu member aku ni sebab dia keseorangan. Entahlah...
Kini, pada bulan 11, 2013, aku dalam dilema, buntu, blank, blur dan tak tau apa nak buat. Semua kerjaan aku kelihatannya tak menjadi. Sia-sia. The worst. Very worst. Tapi dalam samar-samar, inner side aku menunjukkan aku seorang yang gemilang suatu masa nanti. Bahkan sentiasa di ulang-ulang visual dan kata-kata sebegitu.
Aku stress dan hampa kerana aku rasakan diri aku sekarang the worst sedangkan inner side aku menunjukkan sebaliknya pada aku. Jalan apa yang harus aku lalui? Tolong lah Ya ALLAH, dzat yang haq. Berikanlah kepada aku jalan sebenarnya sebagaimana telah di jadikan aku wujud di dunia ini sebagai seorang melayu dan anak bumi yang sesat perjalanan kehidupannya.


0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu