NUSANAGA



yes, nusanaga itu blog aku untuk salurkan info dan ilmu yang aku tahu. Bukanlah aku nak recruit atau mencipta followers. Aku sendiri pun tak betul. Bahkan kalau orang sudi aku, aku rasa aku la pertama yang akan tumbang.

Tapi, aku punyai impian di mana aku nak lihat bangsa aku ni kembali menjadi bangsa primier di dunia ni. Bangsa cendikiawan. Bukan cendawan. Tapi, kelihatannya, ia sungguh sukar. Aku cuba adept spiritual dalam kitaran sejarah yang di sembunyikan. tapi, bila melibatkan spiritual, ternyata sukar untuk orang fahaminya. Bahkan, secara automatik, ia akan jadi perdebatan.

Sedangkan orang bertarikat pun saling bergaduh dengan tarikat yang lain. Ada yang sudi menyudi, sapa lebih makrifat, trick dengan soalan2 pelik semata-mata untuk pastikan orang itu sepadan dengan kefahaman dirinya. Aku tak pasti situasi ni memang dah jadi sejak dulu kala atau ini situasi orang modern?

Kalau dalam sejarah pula, famili ni claim kerajaan itu ini. Sehinggakan dalam facebook aku, terlalu ramai yang claim sana sini, contohnya raja nusantara. Tapi aku percaya, mamat ni ada backup besar punya dalam gomen. Kalu tak, takkan semudah tu je dia lepas beb.

Tu belum lagi claim tahta + spiritual. Lagi pening yang tu. Siap ada yang tahu tang mana pemuda bani tamim nak keluar. haru sungguh. Ternyata aku give up dengan sindiwara camni. Terlalu memuakkan. Tu belum lagi otai-otai yang pernah aku jumpa, recruit budak muda agar boleh bersama mereka untuk persiapan akhir zaman tapi dalam masa yang sama memaki hamun atas asbab politik. Goshhh.. aku tak tau nak kata apa.

Aku pening dengan keadaan camtu. tapi, aku sumbat telinga dan aku tulis apa yang aku rasa nak di tulis di blog nusanaga itu. Aku banyak kali dah cuba henti menulis di blog itu, ternyata memang sukar nak tinggalkannya. Bahkan makin meronta suruh kembali. Alahaiii nusanaga~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya