FOREX



Salah satu skill yang boleh aku cuba dan sedang mempunyai pekembangan yang bagus adalah FOREX. Forex ni adalah tukaran wang asing. Tapi ramai marah-marah sebab kata forex tak halal. Jadi di sini saya nak marah anda balik... Apa yang anda tahu tentnag forex?

Jika anda kata forex tak halal, maka, sila keluarkan segala wang simpanan anda bahkan jangan lakukan kegiatan kewangan di negara ini kerana segala macam hal yang melibatkan wang, adalah FOREX. FOREX adalah tukaran wang antara negara.

BANK bessar dan juga bank negara di semua negara akan melakukan trasnsasi ini. Forex adalah penghidup ekonomi. Aku hairan bila ada orang kata forex ni suatu perjudian. Yes, ia jadi judi kalau engkau labur duit ikut suka hati. AKu juga geram nak kata, kalau kau join MLM atau apa saja niaga tanpa apa-apa skill atau research, maka kau sedang judikan wang kau.

Judi ni bila kau dalam keadaan was-was. Tapi join jugak. Sama la dengan forex. Jika kau labur duit ikut suka hati. Tengok market sedang turun, pergi bubuh sell, tup-tup, market harga naik pulak. Hilang duit. Maka itu la judi. Untuk niaga, kau perlukan skill, ilmu dan analisa.

FOREX ni nama sejenis perniagaan. Barnagnya adalah wang tu sendiri. Sama jugak kau jual sabun. Market tu namanya PERUNCITAN. Kalau kau jual khidmat cuci kereta, itu namanya SERVICES. Begitulah FOREX.

Kalau kau nak niaga, kau kena ada kedai, kena ada modal, kena ada barnag nak niaga. Ada benda yang leh di lihat dan jual beli tanpa was-was. Kedai itu broker ko tu la. Barang tu pulak adalah wang kau tukar jadi wang digital. Bukak MT4, nampak chart naik turun. Itu lah susunan kedai kau. So, sekarang kau kena tackle pelanggan masuk beli kat kedai kau.

Nak tackel, mestilah kena belajar promosi. Skill handle pelanggan. Cam tu la jugak forex. Ko kena belajar teknik dia. Kenal ciri-ciri pelanggan dia. Berapa pelanggan mampu tawarkan dan berapa pulak ko nak berikan harga pada dia.

Setkan target ko nak untung berapa dari berapa orang pelanggan. Katakan ko nak 10 pelanggan je arini. So, ko set la Take Profit 10 pip. Ko kata nak dapat untung mark up 10 kali ganda. Bubuh la entry volume 10 sen ke... dah dapat, tutup la kedai. Kalau kau gatal tangan nak pi 'tikam' lagi, pastu loss. kau dah bejudi di situ. buat rugi je ko bukak kedai tadi.

So, sapa kata forex tu haram, sila tunekan akalnya. Mudah untuk menjatuhkan hukum sebenarnya. Hukum halal haram tu atas tangan yang kendalikan forex tadi. Ko nak berjudi, sila lah tikam. duit ko dpt haram la bagi ko. Kalau ko anggap diri ko sebagai traders, pekedai, peniaga, maka jalankan aktiviti niaga dengan sejujurnya dan berkosisten.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya