APA PERLU BUAT?



akhir tahun 2013 ni betul-betul memberi kepala pening. Selepas di hentikan kerja, masuk kerja baru, ada masalah pilihan pula. Padahal masalah tu kecik saja. Pilih antara AmTakaful atau Prudential-BSN. Kedua-duanya sama saja. Jadi ejen insuran.

Senang je penyudahnya. Tapi, aku ni jenis susah untuk kecewakan orang. Aku rasa bersalah andai aku kecewakan salah satu dari kedua pilihan tu. Aku suka AmTakaful guide aku. Tapi, aku tak mahu meleraikan hati member sebab dgn PRU-BSN tu pun leh pergi jauh...

Atau...
Aku pergi jauh-jauh dari kedua-duanya. Sebab, aku ada dua lagi skill yang boleh beri income. Salah satunya Forex dan satu lagi internet marketing.

Forex, setakat 10 pip, boleh laaa makan, tapi dengan modal yang kecik, maka ia tak kuat untuk harungi floating atau pull back. Banyak duit habis bila margin call datang. Semuanya sebab floating, hedging tak kena tempat. Akaun tak kuat.

Internet marketing ni, blogging lah. Takat ni, yang leh beri income kat aku adalah blog NUSANAGA dan TUBEPANAS. Tapi, nak harapkan income tu masyuk.. susah. Takat 10sen sehari boleh la. Takat ni, mungkin 8share je yang leh bagi aku RM100 sebulan. Tapi, cukup ke?

Aku dapat tau, ramai internet marketer berjaya. income beribu-ribu sebulan. Aku mahu jadi seperti mereka. Punyai SOHO. Small Office Home Office. Tapi, ia ambil masa lama. Ada juga jalan singkat untuk femes.. yakni, cipta KONTROVERSI atau ikuti trend.

Salah satu contoh yang boleh aku tiru adalah blog BRADO KAPAK. Member seFb aku. Dari blog yang tidak di kenali, akhirnya jadi terkenal. Tapi dia terpaksa lalui liku susah kerana dia di kaitkan dengan Raja Nusantara yang claim dirinya Agung Malaysia. Aku tak mahu cipta kontroversi sebegitu. Aku jugak yang sakit nanti.

Andai benar aku nak jadi fulltime trader atau SOHOer, aku harus memikirkan sesuatu. Apa yang aku perlu buat?!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya