Aku mulai menjadi keyboard warrior sejak tahun 2005, kalau tak salah. Tika tu, di UiTM MERBOK, aku suka ke library dan berforum. Masa tu tak de friendster, myspace atau facebook. Cumanya ada forum. Antara forum aku suka pergi adalah FORUM CARI.
ID aku masa tu adalah aizverus. Aku sebenarnya mencari segolongan macam aku yang berfikiran pelik. Aku suka memikirkan hal penciptaan, ketuhanan dan sejarah kuno. Sehinggakan member-member aku gelarkan aku gila isim walaupun nada mereka sebenarnya bergurau. hahaha
Tika itulah aku mulai berani membuat thread sendiri yang di namai 'future phenomenon'. Aku menyebarkan teori aku di mana masa ini ibarat buku novel. Tiap masa ada bab nya ter sendiri. Setiap bab ada perenggan yang mana perenggan itu adalah time line dalam epoch tadi.
Faham tak? tak faham kan. Malas aku nak terangkan balik.
Pendek kata, sejak dulu hingga sekarang, kewujudan ni seperti novel. Ada chapter-chapter nya. Dan tiap chapter ada peranggan-peranggannya. Contohnya, chapter ADAM. sekarang ni perenggan AKHIR ZAMAN.
Faham tak?
Begitu lah teorinya. Sehinggalah suatu masa, sekitar 2006 kalau tak salah aku, maka munculah suatu ID yang mengegarkan industri forum malaysia yakni HIGHLANDER 07. Ceritanya begini; pada penghujung 2006, ada member PM (private msg) kata, ada seorang di forum topix sebar cerita gila, nak ajak dia masuk forum cari tak?! Tanya dia.
So, ada la beberapa kawan seforum gi jemput dia. Antaranya CZ. Manusia pertama aku kenal melalui internet yang punyai kepala gila sama cam aku. hahahah. Aku ingat lagi, CZ tipon aku, masa tu dalam bus, on da way ke Shah Alam selepas cuti semester. Kalau tak salah, masa tu selepas krismas.
So, pada tahun 2007, muncullah manusia bernama H07. Beliau membuka thread pelik-pelik. Antara thread yang femes adalah HIDUP INFINITI WUJUD ILLUSI. Mulanya aku kata dia ni sewel ke apa. Tapi, di sebabkan dia memperkenalkan ilmu sufi dalam terma sains, maka aku terpikat. Yelah, dari manusia kosong spiritualnya, aku mahu sesuatu yang mampu mengubah diri aku kepada berketuhanan. Kalu tnpa ketuhanan tu, maybe sekarang aku dah jadi freethinker atau atheist tegar. Percaya tak?!
Maka, bermula lah pengembaraan aku dalam mencari ketuhanan. Thank to H07. Dah arwah dah ID tu. Tapi, sampai sekarnag ramai email dan msg saya, mana nak cari artikel-artikel H07. Wow, sampai sekarang ada pengikut baru. Tak pa, nanti aku sambung lagi al.kisah kehidupan berinternet ni. Bagaimana wujudnya FORUM ATAS BAWAH dan perihal penutupannya. Kemudian, kewujudan team facebook sehinggalah aku tiba-tiba mahu buat blog personal cam ni. Insyallah. Wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu