Not quite good starting at 2016. Sejak bulan 12, 2015 banyak abis duit untuk macam2 perkara. Ia bersambung pula ke januari 2016. Banyak keluar dari masuk (income). Dan kini masalah mybrain pula. Ingatkan boleh dapat settle sebelum masuk semester 2 tapi baru-baru ni mybrain buat press statement mengatakan result mybrain akan dapat pada bulan april 2016. Jawapannya untuk semester kedua ni kena guna duit sendiri dulu la.
Kalau boleh buat penangguhan yuran untuk semester kedua pun, semester pertama kena kasi settle dulu. Semester 1 ada 5 subjek. Jadi total yuran untuk semester satu dah rm4000 lebih. Kalau aku target untuk abiskan master di usm ni dalam masa setahun sebagaimana aku plan, maka aku kena bayar rm9000 lebih andai kata mybrain ada masalah. Tiba-tiba rasa useless. Sebab pendapatan tak de.
Orang umo awal 30an dah ada famili sendiri, dah establish, kerja sedap dan ada networking bagus.. aku?! Habuk pun tak de. Sekali lagi minda aku bermain soalan lama... "what i am best at?!".. aku ni bagus kat mana? Nak buat blog.. dah lama nusanaga bersawang. Nak tulis buku.. tatabahasa aku pub dah hancur lebur. Buat graphic? Tak kreatif dan tak de experience. Kembali buat sales? Nak persuave orang pun aku segan. Eh.. banyaknya negatif aku.
Tapi aku percaya.. aku ada 1 strong trait yang kukuh.. yakni, study/learning/researching. Sebab tu lah aku sanggup tinggalkan kerja gaji lumayan sebagao sales executive di sentienx semata2 untuk sambung study master in instructional design and multimedia. Tapi bila jadi masalah kewangan dan pembiayaan camni.. aku jadi down.. kembali down selepas 1 semester aki terasa yakin dan semangat..
ya Allah.. ni ujian Mu untuk lihat samada aku teguh atau tidak atas dasar keyakinan aku terhadap kehendakMu. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Permudahkanlah... barakkallah.. Ya Allah. Allahummasallialasaidinamuhammadwaalihiwasahbihiajmain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu