Selesai program mantap 4 pada bulan 11, Aku terus berkerja dgn dssk team sebagai unit parlimen. Banyak aku belajar dibawah unit parlimen ni lebih2 lagi tentang perjalanan sesebuah perlembagaan dan urustadbir negara dijalankan.
Kekadang aku agak annoyed dgn perangai org2 politik dan certain pegawai2 politik sbb bila mereka berkuasa mereka rasa dia adalah terbaik. Tak semua camtu tp of coz manusia lupa bila mereka senang dan akan marah bila senang itu diganggu gugat.
Aku jugak dpt bljr tektikal permainan politik. Antaranya macamana pembangkang gunakan media sebagai medium untuk membuatkan rakyat akan sokong mereka. Contoh yg pernah aku tgk.. mahfuz enggan duduk walaupun yang dipertua suruh duduk. So mahfuz provoke yg dipertua supaya halau dia keluar dewan. So bila dah genting, yang dipertua terpaksa halau mahfuz kuar. So bentara pun escort la mahfuz kuar dewan. Bila kuar dewan, media dh bersedia utk interview dia. So terus dia buat press conference. Dia kata yang dipertua berat sebelah dan halau dia sbb ydpr sokong bn. So media tulis la apa yg dia bgtau. Rupa2nya....
Mahfu buat cmtu sbb nk kejar flight. So sblm dia kuar dia nk create isu supaya nama dia naik kat media. So dia buat2 protest di dlm dewan. Kedian buat press conference blam ydpr. Slps selesai terus naik flight. It all about strategy.
So aku trus kerja sbg unit parlimen. Di bawah aina dan ustaz aku jd makin pro sikit perihal hal2 kerja yg sptutnya aku wat. Tp aku kije tak lama. Dlm bulan 4 aku dpt call suh g interview kat kulim. So aku pergila. Nama company sentiwnx.
So bulan 5 aku dpt call. Confirmation yg aku dpt kije kat kulim sbg international sales exec. So berbaki beberapa minggu nk berhenti kije so aku buat all the best utj team dssk. Masa tu minggu bentang RMK ke 5. Sgt bz dan very tired.
Tapi aku tamat khidmat dgn baik. Aku ingat lagi. Last day aku adalah di putrajaya. End of the day.. dpt gak la salam n ucap terima kasih kat bos. Dari dssk ke dato razak, dato mail ke en.lan.. en.arif, abg azmi, pak din, kak shila, ayu dan of coz aina..
So berkerja la aku di sentienx. Mula2 masuk tu okey tp mgk sbb environment kerja tu sgt berbeza dgn parlimen.. aku rasa sedikit stress. Ibarat library. Tak leh nk bising sgt. Aku mudah jd ngantuk bila masuk tengahari n waktu asar.. disebabkan environment kije yg a bit sunyi. Skop kije aku kena layan kerenah customer dr luar negara.
Sally manager sales kulim amik aku sbb aku ada basic graphic n sales. So aku di assign utk jaga client di region afrika dan south amerika di bwh supervision miss kim. Ms ni byk gak aku bljr. Cmne nk handle client. Nk wat order. Nk lalui kastam. Deal tempahan dgn port. Psl strile etc. Tp kat sentienx x lama. 3 bulan lebih kat situ tetiba aku dpt offer wat master di usm under MIM. Master of instructional multimedia di PTPM (pusat teknologi pengajaran multimedia).
Mengoogle la aku natang apa instructional tu. Multimedia aku tau la. So, dgn nekad aku bagi surat berenti kat sally yg aku nk smbg bljr. Tq warga sentienx yg ajar aku mcm2. It was good.
So. 5hb 9 aku daftar masuk usm. It was a very long day utk buat pendaftaran tp yeay.. i am back becoming student again. Dah 5 taun aku tinggalkan dunia study tetiba jd student balik. Pelik rasanya
So instructional multimedia ni lebih pd reka sistem pembelajaran. tapi skop dia sgt luas smpailan virtual reality, brain activity, visual activity,psychology, memory, cognitive, behavior dan macam2 lagi laa termasuk gak dlm skop ni.
Master x sama cm degree. Tiap2 minggu ada kije. Bila hntr akan ada assignment baru akan masuk. Aku amik 5 subjek. So agak tough kat situ. Aku cuba abiskan master dlm setahun. Ada yg wat setahun setengah. Ada yg nk wat 2 taun. Aku yg x kerja ni mgkn leh abiskan setaun. Insyallah.
So batch aku byk rakan sebaya tp aku rs aku la paling tua. Tetiba teringat masa mantap 4. Aku paling tua. Ermm. But people still fail teka umur aku berapa. It was nice bila depa ingat aku sebaya depa. Ha3. Kelako pun ada.
Kelas 3 hari seminggu. Tiap malam pas kelas mesti ada problem yg harus di selesaikan yakni nak makan kat mana. So ada je plan nk g jejalan n makan. Aku ingat leh la turunkan berat badan kat sini tp makin bertmbh ada laa.
Kat sini aku ada satu wish yg mana mgkn pastu abis master aku nk wat phd. Sbb pd masa skrg yakni bulan 11 ketika menulis ni, kelas prof merza byk bg influence pd aku nk wat thesis dlm virtual reality. Utk kelas prof merza aku kna buat vr 360 video. So aku bgtau prof aku nk wat kat sg.batu. end up dia bersemanagt n aku, prof, ayu n bahia g wat shooting kat sana.
2 kali kami pi. First trip aku, ayu, bahia, fadli n prof..merza shoot di sg.batu, jerai dan lembah bujang. It was a nice experiences
di PTPM aku dikenali sebagai prof dan ahli parlimen. Aku tak tau darimana gelaran prof ni datang tapi batch aku gelar camtu sebab katanya aku ada gaya prof dan suka membaca. SUKAAA LAA SANGATT MEMBACANYA YER. Tapi pasal gelaran parlimen tu sebab aku terkantoi kerja kat parlimen. Sedaya upaya aku nk tutup kat mana aku kije setahun yg lepas. Bila warga PTPM atau USM tanya, dulu kerja mana.. so aku akan jawab, kerja kilang sebagai sales exec.
Tapi akibat kekantoian yang berlaku, maka warga PTPM tau aku ex warga parlimen. Ha3. Tak pe. Da kantoi. Nak wat camna kan.
Btw, cuma nk habaq, aku dan parlimen ni terjadi bila nama2 ni yang memberikan peluang aku utk belajar dan berkerja walau sementara di parlimen. Nama2 sperti yb razali ibrahim, d.s shahidan kassim, YADIM yb ashraf wajdi, BNBBC dan lain2 telah berikan peluang utk memulakan 'hijrah' aku.
Bukanlah aku nk dendangkan aku bangga aku dok di parlimen tak sampaj setahun pastu terus jadi macai BN walaupun aku dgn yakin dan lantang aku bagitau pada seluruh warga mantap 4 aku ni pro PR. Ada masalah? No.. sebab utk tahu kisah sebenar, pergi kaji dan tahu cerita dari kedua2 belah. Politik for me is nothing than a strategy to group the people on something they believe are true but actually it just a perception !!!
Kisah aku dan parlimen ni tak lain tak bukan nak bagitau bahawa dlu aku takut nk berubah sebab aku fikir aku terikat dengan pelbagai benda. Makin aku fikir makin terikat aku jadinya. Jadi aku perlu buat sesuatu yang diluar segala yang aku fikirkan. Dari situ barulah hidup aku berubah. Aku mulai hijrah. Dan famili aku mulai kembali berseri. Aku dpt tgk ma aku happy. Itu la yg paling penting bg aku. Jadi dengan 1 langkah.. semua berubah. Go with the flow.. kisah bermula...
Aku masih ingat dengan pekat lagi.. malam bulan 9 2014. Aku baring di sofa. Tangan di dahi. Memandang kipas. Merenung diri. Mata merah hiba. Tanya pada diri; kemana aku nk pergi takkala aku di saat terbelenggu semua segi. Aku baca dengan yakin dan berulang2 kali ayat alfatihah 'ih dina siraltalmustaqim, siratallazi na am ta alaihim, ghairi makdu bi alaihim wala dhalin...amin'....
Keesokkan aku mendapat tawaran mantap. Dan yes.. here me now. Setahun kemudian, di USM, belajar master dan membawa peribadi 'khidmat utk bangsa, raja dan agama' dan dengan jati diri.. "go! Inspired people". "You are the beautiful thing ever happen in the creation"... alhamdulillah.
Thank you Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu