INTERVIEW MARA 2013


Selepas tamat kontrak dengan DELTA, aku ibarat layang-layang sebab tak ada duit dalam poket. Gaji DELTA untuk bulan 10 (bulan terakhir aku kerja di situ) tak masuk-masuk. Meskipun ni dah bulan 12. Masalah DELTA ni adalah, bila customer tak bayar duit, maka salesman cam aku la kena bayarkan untuk customer tu. So, aku andaikan duit aku tak masuk sebab ada sekor mamat india tu tak bayar duit DELTA sebab masa tu aku dah pun nak keluar dari DELTA.

Sekarang dah bulan 12, dan aku tidak berduit. Harapkan mak support. Kasian. Umur dah 28 tapi masih bawah mak lagi. Mesti ramai orang perli punya. tapi aku tak boleh pergi jauh-jauh pun dari mak dan adik aku sebab aku kena jaga mereka. Di maklumkan bahawa arwah ayah aku dah 3 tahun mengadap ilahi. So, tanggungjawab menjaga famili terletak di tangan aku. Sebenarnya tak bertanggungjawab mana pun. Yelah, dengan tidak bergaji begini, mana nak bantu famili. Mujur ada bisnez yang tengah run peninggalan arwah ayah. Itupun gerai kecil tepi jalan. Alhamdulilah, kedai tu banyak beri rezeki pada kami. Bahkan arwah ayah support kami belajar kat U pun dari rezeki kedai ni la..

Pada 4hb 12 2013 yang lalu, aku mendapat interview dari MARA untuk posisi DG41 pengawai perkhidmatan siswazah. Mulanya, aku lihat member-member di Facebook tengah kecoh pasal result di website MARA. So, pada malam 1hb tu, aku saja lah check. Padahal tak mengharap pun sebab aku dah lupa tentang aku pernah isi jawatan tu dulu. Tapi, alhamdulilah, aku mendapat tawaran interview MAC di ILKM Jawi penang.

So, kelam kabut la aku di sebabkan tinggal beberapa hari je untuk siapkan segala macam benda, termasuklah perancangan pengajaran, form yang harus di isi (masalah timbul bila kat website tu tak de link untuk download form, akhir terjawab jugak misteri tu.. aku kena guna internet explorer utk download form tu.. tak pasti samada masa aku check tu link form tu rosak atau memang internet explorer sahaja yang leh di download)...

Maka, pagi 4hb 12 tu, aku pergi ke rumah member dan ke ILKM dengan dia. Apapun, terima kasih ABE KI, sebab sanggup membawa ke ILKM pagi hari lagi. Sampai sana pukul 10, padahal sesi aku adalah pukul 7. So, aku terpaksa masuk group pukul 11.

Alhamdulilah, meskipun ramai (aku jangka untuk haritu saja 1000 lebih perserta), ada yang friendly dan sama-sama berbincang tentang apa yang harus di hadapi untuk hari tu. Mula-mula, aku ambil ujian komputer (personaliti). Ada lebih kurang 70 lebih soalan dan aku dapat markah 38. Aku tak tau tu lulus ke tak. Kemudian, ke dewan untuk menjawab soalan esei. Dia tanya, kenapa MARA perlu hire aku. So, sebagai pengkaji sejarah melayu, aku jawab ler MARA ni di tubuhkan sebab nak pelihara melayu. Atas asbab bumi's spirit, maka aku akan cuba naikkan martabat bumi's ke tahap international. Lebih kurang gitu la. Memang poyo abis karangan aku buat. ha3

Kemudian, waktu rehat.. makan tengahari. Cuba avoid makanan pedas-pedas. Kang tak pasal2 memerut. So, pukul 2, aku dan ada beberapa geng menunggu untuk MICRO TEACHING. inilah bahagian yang paling mendebarkan sekali. Aku terasa nak pitam menunggu turn ni.

Dah la tak di berikan PC dan LCD (walaupun aku dah siapkan power point). tapi tak pe, aku masuk juga. Mula-mula, aku layankan panel dua orang tu macam budak-budak. tanya, dah makan ke, kalu tak makan lagi, pi la makan. ha3. Pastu aku cerita tentang visual communication. Jadah apa visual dan apa pulak communication. Sebenarnya silibus aku dah buat, tapi di sebabkan kelam kabut, so presentation aku, tak ikut point. Aku lebih tumpukan interaksi antara cikgu-student. Aku kuarkan iklan dan tunjukkan kat mereka dan tanya, iklan ni tunjuk apa benda. Apa perasaan panel bila tengok iklan ni... Pastu tunjuk gambar kucing, apa perasaan bila tengok gambar kucing dan kaitkan dengan page di facebook.
Kiranya aku nak kaitkan visual communication ni ada kaitan dengan emotion and feeling. Dari situ, audience akan amik action. Kiranya visual comm. aku ajar tu ada kena mengena dengan frasa melayu 'dari mata jatuh ke hati'.. Apapun, aku tak tau tanggapan panel terhadap pengajaran aku. Harapnya it fun tapi factual. Ye lah, aku amik subjek business studies: digital media/graphic. Konpem la kena fun-fun.

Kemudian, sesi interview. Aku adalah group terakhir sekali. Masa tu dah kul 5 petang. Walaupun sesi tu perlukan berbahasa inggeris, tapi aku pulun je bahasa melayu. Bila berbahasa inggeris, secara automatik kita jadi skema. Dan aku tau, sesi tu dia nak tengok kelantangan kita bercakap dan selaju mana kita interaksi dengan soalan yang di ajukan. Aku banzai cakap melayu je. Dia tanya, kenapa pentingnya graphic. So, aku citer la sejak zaman kuno lagi org dah pakai simbol. Itu ler graphic. apa saja visual yang mempunyai communication atau messages yang nak di sampaikan, itu ler graphic. Panel pun jawab "oo.. baru tau". Sebenarnya sebelum aku sebagai group terakhir, panel ni berdepan dengan budak ekonomi sahaja. SO, aku one of the kind. So, di sebabkan attitude aku cam tu, so dia kata, aku ni nampak santai2 je. Aku takut gak sbb aspek perguruan, kena pakai smart/skema sikit. Tapi mujur panel tu tau, budak art dan design ni pakaian dan attitude memang pelik sikit. fuhh mujur.

then, bila dah abis, aku terpaksa menunggu ABE KI yang pergi ke penang untuk amik isterinya. So, aku menunggu di kantin dengan beberapa orang peserta juga. So, end up, aku terpaksa meminta peserta ni bernama KHAIRUL, untuk hantarkan aku ke stesen bus butterworth. Alhamdulilah, mujur KHAIRUL sudi. Terima kasih padanya. So, aku balik dengan ABE KI jugak malam tu sebab ngam2 aku sampai stesen bus tu, dia pun on da way ke situ juga. So, save la duit sikit malam tu. ALhamdulilah. So, sekarang ni, aku menunggu keputusan rasmi dari MARA.

Kemasukkan pertama adalah bulan 1 tahun depan. Kiranya, bulan 12 ni, dia akan email dan telefon kita untuk interview kali kedua di HQ (kalau tak salah laa). Jika tak bulan 1, kemasukan bulan 6 pula. So, kalau lebih 6 bulan tak de respond. So, abaikan ler..

Perjalanan kerjaya aku camne pula ya utk tahun depan jika tak berjaya.. erm.. aku andaikan aku buat pinjaman perniagaan dan berniaga kecil-kecilan saja sambil-sambil forex. Ntah la, kalau ada rezeki, ada la nanti dengan MARA. lagipun, memang MAK aku inginkan salah seorang anaknya jadi lecturer atua guru. Dan arwah ayah aku inginkan aku capai MASTER. Insyallah, harapnya aku berjaya memakbulkan hajat orang tua aku tu. Amin ya Rabbal Alamin

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya