Aku sedang berlegar-legar di tengah-tengah Malaysia kini. Aku kembali ke kuala lipis, melalui Kelantan, berehat sebentar di kampung To uban dulu. Di lipis, tak ada apa yang aku boleh buat, kecuali mengenang kembali memori tika kecil-kecil dulu.
Tika kecik, aku tak ramai kawan. Sebab aku ni anti-sosial sikit. Masa sekolah dulu, ada member rapat. Depa ni yang banyak tolong aku. Antaranya Shahrul, apul, fiqri dan beberapa orang lain. Sekarang dah lama tak jumpa depa sebab aku berpindah keluar dari pahang pada umur 13 tahun. So, ramai juga antara member-member tu pindah tempat lain.
Bila ke lipis, sudah pastinya aku turun KL. Maka, di sana aku jumpa member-member sekepala yakni kajian sejarah-metaphysic-spiritual. Bahkan ada orang gelarkan kami ILLUMINACHI. hahahaha...
Kalangan itu je lah yang dapat aku luahkan kegilaan teori merepak aku. Aku tak tau depa terima atau tak tapi yang aku tau, mereka juga ada teori masing-masing. Kemudian aku fikirkan balik, sememangnya aku anti-sosial. Aku suka berkawan tapi aku tak ramai kawan. Sebab aku tak reti nak berkawan. Pening tak? Ni di sebabkan aku jenis yang tak reti nak melawak sangat, suka pada fakta dan tak reti nak respond. Cam robot la aku ni...
Apapun, aku enjoy bila keadaan tenang... so aku melancong sekarang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu