Sudah masuk tahun baru, tahun 2014. Di harap tahun ini boleh mengubah aku ke arah yang baru. Sedikit mengenai dilema aku tentang jadi wakil insurance tu, lastly, aku tak amik kedua-duanya. Dan aku fokus untuk upgrade kefahaman aku dalam forex.
Alhamdulilah, dalam seminggu, aku boleh mendapatkan 100% balik dari modal yang di keluarkan. Cumanya, aku punya emosi management dan money management fail. Akaun aku susah nak hidup melebihi 2-3 minggu. So, baru-baru ni, akaun aku dah MC. Walaupun aku berkebolehan untuk trade, tapi di sebabkan aku tiada modal (yelah, tak berkerja). so, aku cuma dapat beri analisis aku pada orang saja. Sedih pun ada rasanye.
Bytheway, tahun 2014 ni pelik gak startingnya. Adik beradik lelaki aku dah start balik mencari kerja di sini. Itu suatu tana bagus. So, boleh la aku melangkah jauh sikit sebab ada jugaklah lelaki yang leh jaga rumah. Sebab aku perlu mencari dana untuk trade.
Timbul idea untuk buat personal loan. Tapi aku jenis malas meminjam. Mungkin aku akan makan gaji dulu dan kumpul duit setakat yang boleh. Tapi of coz, jalan camtu makan masa. Entahlah.. i will go with the flow.
Hidup aku sekarang ni bermasalah dalam pendapatan dan juga karier saje. Lain-lain okey. tapi tu tak termasuk isu love line. Memang aku tak ada 'nafsu' untuk bercintan2 walaupun kadang kala perasaan untuk kawin tu ada. Tapi biarlah aku stabilkan ekonomi diri dulu. Itu yang penting untuk grown up boy cam aku. Apapun, blog nusanaga tetap di update. Forex tetap berjalan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen jika mahu