AKU DENGKI



sebetulnya aku rasa dengki dan teruja serta terinspirasi dengan rakan-rakan aku. Rakan aku yang sama belajar dengan aku di UiTM MERBOK, kini ramai yang berjaya. Mereka berjaya membawa diri dan membina kehidupan mereka.

Contoh paling best nak di ceritakan adalah YUNA. Yes, Yunalis. Teringat masa belajar dulu, budak-budak kolej sebarkan mp3 Yuna menyanyi lagu Peter Pan. Aku dah lupa nama lagu tu. Tapi yang pasti lagu peter pen sebab time tu memang femes lagu-lagu peterpan.


Yuna budak LAW. Aku tak kenal dia sangat kecuali dari mp3 budak-budak ni share tu. Budak LAW dan IDE di merbok ni ibarat 'kekasih'. Lain kepala tapi selalu je ada kapel dari kedua-dua pihak. Sekarang, aku tak tau, trend tu masih ada atau tak.

IDE ni maksudnya Industrial design. Bangunan cam tesko sungai petani, tapi 'tesko' itulah telah mengeluarkan produk-produk berjaya seperti member-member aku. Batch aku takat ni, ramai yang mencipta nama dalam bidang masing-masing. Antaranya ada yang berjaya membawa design malaysia ke peringkat antarabangsa. ada yang mencipta aliran fotografinya sendiri dan sebaris dengan otai-otai foto malaya (mungkia peringat SEA), ada yang telah menjadi chef terkenal serta di jemput menjadi hakim bersama chef terkenal serta ada yang jadi designer, Go-Pro society, lecturer dan sebagainya. Begitu juga dengan member-member grafik, berjaya dalam kepakaran mereka sendiri. Bahkan telah ada yang sambung belajar ke oversea. Di harap mereka dapat mendapat title Proffesor nanti. Insyallah

Tapi aku... hu3. Aku masih di hadapan komputer, blogging dan facebooking.
Tak buat apa-apa tapi mengharapkan nama aku terkenal?! Suatu yang mustahil. Insyallah, aku akan keluar dari kepompong ini. Aku pun kena mencipta nama. Takkan aku nak mati dalam keadaan camni. Dah letih aku hidup sebagai loser. Takkan la separuh dari hayat aku tak dapat nak hidup sebagai winner. Dunia pun ada rodanya. Hidup aku pun ada rodanya jugak. Dulu aku loser, dan aku mahu menjadi winner. Bolehkah?!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya