AKU NI PAKAR APA?



Bila di fikirkan balik, aku ni pakar dalam apa sebenarnya? Walaupun aku ada blog sejarah, tak pula aku pandai sejarah. Bahkan kalau di tanya aku tentang sejarah, aku naik pening. Aku juga update artikel mengenai spiritual, sufism... tapi tak pula aku ni tahap guru bahkan diri sendiri pun tungganglanggang. Bagaimana nak pimpin orang?!

Dulu, aku suka tulis lirik, tapi di simpan jadi makanan anai-anai saja. Ada tulis skrip, buang entah kemana. Lukis komik, tak reti. Design? boleh sikit-sikit tapi tak power pun. Trade forex? kelaut lepas ada laa.. Internet marketing, tak berapa masyuk. Sales? Hancur bahkan jadi the worst.

Tapi aku punyai satu keinginan, yakni explore tempat tertentu dan kaitkan sesuatu design atau motif kuno dengan prinsip ketuhanan. Kemudian aku mahu kaitkannya dengan meta-physic sehinggalah ia boleh di teorikan sebagai teknologi. Yes, aku mahu jadi inventor kepada benda yang belum ada, based on kefahaman alam dari tinggalan sejarah kuno.

Gila? yes, memang gila. Sebab tu hidup aku tak stabil sekarang. Aku nak macam-macam. AKu ada banyak idea, tapi satu benda jadah pun tak jadi. Kononnya aku perlukan DANA yakni duit. yes, aku perlukan duit. Nak naik bus dari kulim ke Merbok kedah untuk lihat artifak kuno, perlukan duit. Dulu RM7, sekarang ntah la berapa.

Aku tak ada kereta. Tiap kali aku nak amik kerata, mesti kes hilang duit berlaku. Cam celakas. Mula-mula, aku nak amik Myvi, tup-tup, duit lesap kena kebas hacker internet. Kemudian, aku cuba amik kereta saga sv, loan lulus, tapi duit gaji DELTA tak masuk pulak. Ya ALLAH, dugaan sungguh.

Jadi, aku ni pakar apa? Pakar failed kot

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya