BILA NAK KAWIN?



Ramai bertanya kat aku, bila nak kawin? Dah ada calon ke? Yes, umur aku dah penhujung 20an. Dah tua dah ni. Aku pun hairan, kenapa susah benar aku nak jatuh cinta. First, aku jenis susah nak percaya kat orang. Kedua, aku memang suka duduk sorang-sorang. Ketiga, bagi aku perempuan suka merenggek. Ha3. Mampus aku kena marah dengan perempuan. Tapi, itulah yang bermain di fikiran aku. So, aku tertunggu juga, manusia mana yang boleh twist pemikiran aku ni.

Jika di cerita tentang cinta, sememangnya aku ni seorang yang romantis tapi aku tak suka tunjukkan. Aku ni mat jiwang gak tapi aku tak suka jiwang yang tampak nyata. Bagi aku, menjaga si dia lebih romantis dari selalu beri bunga pada setiap pagi. Aku jenis lurus bendul. Aku tak reti bahasa kias. Aku suka bahasa direct. Bahasa kias-kias dari wanita menyebabkan aku mudah naik angin. Tapi, tak pulak aku ni mudah marah. Kalau di tanya kenalan dan famili aku, aku la manusia susah nak marah. Dan aku cukup takut bila aku marah. Risau aku 'naik syiekh'. Tersangat takut. So, avoid me from marah-marah. Let it be cool.

erm...
lagi satu asbab kenapa aku tak kawin2 lagi adalah; aku tak tau kenapa, di sudut nun jauh sana, deep down dlm hati aku, seolah2 aku terikat dengan seseorang. walaupun aku menyukai gadis-gadis si sekolah (boleh la baca dairi aku, memang kelaka. Ada dairi weehhh time sekolah dulu. ha3), tapi nun sudut jauh di hati aku, aku sering bertanya begini; "jika aku dengan si A ni, apa pula akan jadi pada si dia?"...

Ia berterusan sehingga kini. Padahal aku dengan dia tak de apa-apa hubungan bahkan dah lebih belas-belas tahun tak jumpa. Bila famili aku gi lipis, jumpa si dia, aku mesti tak de. Seolah-olahnya, kami ni tak di izinkan jumpa. Tapi, dalam hati aku selalu bertanya khabar si dia.

Wahhh.. permainan apakah ni? Cukup annoying.
Aku tak suka perasaan cinta cintun. AKu cukup loya dengan sesuatu hubungan yang ada emosi. Aku tak suka emosi. Emosi menyebabkan aku jadi kelam kabut. Aku tak reti melayan seseorang dengan emosi. Sebab tu la, jika hubungan tu ada perasaan cintan, maka ia tak akan bertahan lama. Aku seorang yang membosankan. Sapa tahan dengan aku kalau gitu... So, bila nak kawin? Entah lah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya