Baru dan aku mahu berjaya juga

Rasa 'baru' bila ada beberapa perkara di tukar@pindah@reset. Pindah dari taman lama walau dalam keadaan tergesa-gesa (yelah, raya ke5 dah kena pindah sebab owner baru tak sabar nak hambat kami), sekurang-kurangnya terasa ada cahaya walau kecil saja.

Selama 4 tahun di situ selepas kematian ayah, aku rasa seperti berada di tapak kaki orang.

Yang tak suka kami tu lain citer la, tapi mungkin sebab aku yang tiada kerja tetap, tu menjadikan aku loser. Atau memang dah takdir aku jadi loser. Setahu aku, tidak aku hidup untuk jadi loser. Itu perjanjian hidup wujud aku. Yang 'mengaji' tau la kot pasal ni.

Mungkin asbab aku masih tak nampak jalan kot. Jadi, bila kami pindah rumah, aku rasa jalan yang sepatutnya aku lalui dan keluar dari belenggu loser tu, semakin tiba membuka pintu kemenangan buat aku. Seolah kisah hijrah nabi.

Selain rumah, ada beberapa perkara yang aku reset jugak. Kini, aku kena reset jalan kerjaya aku. Belenggu terkuat aku adalah kedai aku di taman lama.

Walau ramai kata, jangan jual kedai kami, tapi suatu masa, ia akan pergi juga. Bila dah duduk jauh dari kedai, aku merasakan suatu perasaan kurang senang dari sudut pandangan orang lain. Kini kami hanya penumpang di situ, bukan lagi penduduk.

Dan, aku jugak kena dirikan kekuatan aku juga. Da nak masuk 30, aku kena setup sesuatu. Rakan2 dah bina nama, rumahtangga dan kerjaya. Aku tak mau terlepas dan menerus jadi loser.

Aku ada perjanjian hidup, aku kena buat itu dan jika tidak, mungkin aku mati dalam kekecewaan. Aku tidak mahu itu begitu. Moga tapak pertama ini akan membuka sesuatu yang gemilang buat aku. Insyaallah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya