PINDAH RUMAH PINDAH AZAM

selepas balik dari berhari raya pada 4 syawal, kami terpaksa mengemas rumah dan bersedia untuk pindah rumah baru.

Raya tahun ni tak berapa nak raya sebab adik no.2 masuk wad selepas solat raya sebab suspek denggi

Alhamdulilah dia dapat kuar wad raya ke 3 tu, so raya ke 4, kami pulang ke kulim. Raya ke 5 basuh rumah. Dan raya ke 6 - 8 operasi pindah barang sedikit demi.

Ingatkan 2 trip lori cukup, rupanya perlu 3 trip n 1 hilux. Thank to auri sbb tolong kami sekeluarga. maka, raya ke 9 bersamaan 5hb ogos, kami duduk di rumah baru dgn azam yg baru.

Biarpun begitu, kedai tempat cari makan tetap di tempat lama yakni taman merak. Walaupun da ada bunyi tak best asbab kami pindah rumah terburu2, terpaksalah pekakkan telinga sekejap.

Dah la banyak item niaga kena curi di kdai kami, kena pulak orang di situ sok sek sok sek bicara pasal kami, so aku jadi putus angin nak niaga disitu. tapi aku teruskan jugak atas dasar nak cari makan dan tapak arwah ayah aku.

Sekarang, aku berharap pelaburan aku untuk belajar blog advance tu berbaloi (walaupun cikgunya cam acuh tak acuh nak ngajar tapi aku bg masa kat dia, yela mode raya lg skrg ni).

Dengan adsense sekarang ni mampu tampung bayaran bil serba dua dan di harap coaching ni memampukan aku untuk dapat 4-5 figure dan seterusnya membantu aku untuk mendapatkan satu tapak niaga yang serius. Dan aku berharap forex mampu beri pendapatan kosisten walaupun sekarang banyak rugikan aku. Tapi kerugian tu asbab kawalan emosi dan strategy yang fail.

Apapun, bila pindah umah, harap apa yg sempit dan kelam kabut akan pindah dan menjadi luas dan tenang. Da masuk umo 30, kalau tak nampak jalan idup, tak tau la nak kata apa. Moga aku sukses sebagaimana sub-mind aku selalu sorak untuk aku. Amin ya rabbal alamin






0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya