Mantap 4




27hb 09 2014 adalah tarikh aku g kursus BTN di tanjung rhu, sepang sempena MANTAP 4.

Aku pun tak sangka terpilih untuk program ni. Mantap ni program cri pelapis untuk berkerja di parlimen atau easy say, cari pemimpin muda untuk BN. Tapi kenyataan sebenar masih samar-samar sebab aku masih belum tiba di kem btn tanjung rhu ni.

Kalau DAP telah ketengahkan pemimpin muda seperti rara dan beberapa nama lain, so BN pun tak mahu ketinggalan.

Btw, kursus ni adalah sesi selection untuk di bwa berkerja di parlimen under ahli parlimen yang di pilih atau di berikan.

Apapun, aku tak tau apa akan jadi dan apa akan di sajikan pada aku di hadapan. Aku cuma go with flow sebagaimana aku pinta dalam doa agar diberi 1 jalan yang mampu up kan aku ke arah yang di janjikan.

(Updated 2015)

Lepas di tanjung rhu, aku berjaya dipilih sebagai peserta Mantap 4 meskipun aku secara terangan mengatakan aku pro pr dan golongan atas pagar. Mungkin depa nak bagi peluang pada aku utk mengetahui apa di sebalik parlimen atau ini sebahagian proses brain washing? Siapa la tau. Tapi aku nekad yg aku nk tau apa rasa jika berada di sebalik goverment sebab aku penah rasa berkerja di sebelah pembangkang masa intership degree dulu.

Jadi alhamdulillah aku pertama tama yang di panggil untuk di assign dibawah yb menteri. Aku diletakkan dibawah yb menteri dato seri syahidan kassim.

Dibawah team dssk ni plak. Aku diletakkan di bawah unit parlimen. Disebabkan dssk adalah gabenor yakni tuan punya parlimen tika itu jd unit parlimen diperluka  dismping menjadi tukang urus segala soalan jawapan setiap hari yg hrus di submit pd parlimen. Tiap hari dssk pasti ada lebih dari 3 soalan bahkan mau capai 20 soalan seharian. Jd tukang penatnya kami la sebab kena sediaka  jawapan yg di amik dr agensi2 dibawah jagaan yb dssk tika tu. Dan time tu la aku terfikir...

Dssk leh katakan tak duduk diam. Pasti ada aktiviti n lawatan dia buat sana sini. Walaupun media kekadang main2kan dia tapi diparlimen tetap dia layan dan bagi makan pd semua media termasuklah meda dari belah pembangkang. Pendek kata dia amalkan sifat derwawan. Cam contoh ada org minta derma dia seluk poket dia dan bagi apa saja yg tercapai dek tangan dia tanpa mengira jumlah wang tu. Along, yakni anak dssk ada mengatakan memang dssk ajar anak cucunya supaya jgn berkira sgt dgn org dan walau org maki hamun ludah muka kita sekali pun, masa kita pegang amanah.. pegang da jaga lah elok2. Mgkn asbab tu kot parlimen bawah dia arau jarang terlepas dari dia. Pada pandangan aku je la...

Selain jd unit parlimen bawah penyeliaan budak felo perdana aina dan pelajar master, ustaz abu hafizzz... aku gak jd tukang 'kupon media'. Tugas ni adalah aku harus sediakan kupon makan kepada org2 petugas media tak kita dari mana pun. Selain tu gak aku dan aina jadi 'penjaga' opis kami diparlimen di beri nama 'bilik kaca'. Kat situ sesiapa nak makan, pegi la makan. Memang kena paksa makan siapa lalu kawasan opis tu. So alhamdulilah dari makan2 ni la aku kenal dgn urusetia parlimen, bentara, pegawai yb lain, petugas media rasmi dan media sebelah pembangkang dan lain2.

Selain tu aku ditugaskan gak untuk mengumpul apa2 artikel dan jurnal yang dikehendaki dssk sbb katanya utk memenangi apa yg kita mau menangi, kita kena tahui akal pemikiran dan perasaa  org yg kita mahu menangi tu terlebih dahulu.

Apa lg erk skop job aku.. yes..
Aku ditugaskan juga utk kumpul berita semasa dan berkaitan dssk serta agensi di dalam surat khabar. Ni dinamakan paper cutting. En.wan dan en.lan kata.. semua ptd dan pengarah besar2 yg dok ada skrg start with like this. Nampak kecik tp pengaruhnya besar. Sbb org x tau apa yg kita tau.. tp kita tau apa yg org tau. Nampak x politiknye strategi. Wallahualam.

Sampai bila aku dgn parlimen.. tiada siapa yg tau. Apa yg aku harapkan masa depan akan gemilang buat aku. Meskipun aku mula dgn susah, langkah kaki kesuatu yg tak tau ujung pangkalnya... end up di sini. Aku rasa tuhan tunjukkan aku sesuatu. Sesuatu yg selalu mengacau hati aku sejak dlu... 'aizverus the great'.

Be the great is now my ambition but how and why? Yg ni kena figure out dlu. Why aizverus. What is aizverus (meskipun ni nickname aku dlm forum cari). Why and when the great happen? Jawab ni dlu baru aku tercapai maksud suara hati tu kot..

Wallahualam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen jika mahu

 

PENULIS

Mungkin anda pernah membaca blog NUSANAGA? Inilah kisah hidupnya